DEFINISI KEBUDAYAAN
-Budaya adalah tingkah laku social dan
norma yang terdapat dalam masyarakat manusia. Budaya di anggap sebagai konsep
utama antropologi, merangkumi pelbagai fenomena. Budaya juga boleh definisikan
sebagai kemajuan fikiran,akal budi (cara berfikir), beerkelakuan dan sebagainya. Justeru budaya juga
dimaksudkan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem social, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan,
adat resam, sikap dan nilai.
KEBUDAYAAN DI MALAYSIA
- Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54%daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan untuk perniagaan.
WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA.
-Jumlah kaum terbesar di Malaysia
adalah kaum Melayu,Cina dan India.Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai
pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing masing dengan budaya serta warisan
yang unik dan tersendiri.
Jenis kebudayaan
1.Pakaian
tradsional setiap etnik di Malaysia
-Budaya
menggambarkan cara hidup yang dimiliki dan diamalkan oleh setiap masyarakat.
Pakaian tradsional adalah salah satu warisan tamadun dan peradaban yang
diturunkan sejak zaman berzaman. Warisan budaya reka bentu dan aksesori dalam busana
masyarakat tersendiri.
2.Permainan tradsional
-Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainka oleh generasi pada zaman dahulu yakni pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan tradsional boleh dimainkan sama ada secara individu ataupun secara berkumpulan. Boleh dimainkan dimana mana sahaja sama ada di dalam rumah atau di luar rumah
3. Makanan
tradsional
-Makanan
Tradisional adalah makanan yang biasa didapati oleh masyarakat, dengan citarasa
khas yang diterima oleh masyarakat tersebut.
-Masyarakat Malaysia umumnya diyakini khasiatnya dan aneka makanan tradsional seperti kuih lapis, kuih bahulu, roti canai dan sebagainya
4. Perayaan
-Hari raya
dari segi istilah bermaksud ‘hari kebesaran’. Hari perayaan lazimnya kini
merujuk kepada hari yang ditentukan suatu kerajaan atau satu kumpulan agama
sebagai hari yang ditentukan suatu kerajaan atau kumpulan agama sebagai hari
yang bermakna kepada mereka. Hari hari ini biasanya merupakan hari
kelepasan am di negara negara yang
menyambutnya.
5.Alat muzik
tradisional
-Muzik
Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat
Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya cina, islam, india
dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan
sebagainya.
PERBEZAAN DARI SEGI PERKAUMAN
Budaya
merupakan asas penyatuan sesuatu bangsa,
di mana ia merupakan satu unsur yang
penting dalam menubuhkan sebuah negara
bangsa yang bertamadun. Dalam konteks istilah, budaya dapat didefinasikan
sebagai cara hidup dan warisan tradisi sesebuah masyarakat yang telah menjadi
sebahagian dalam kehidupan seharian.
Budaya juga merangkumi pelbagai faktor dalam kehidupan ini seperti moral, kesenian, nilai-nilai murni, adat,
agama dan juga tingkah laku yang dipelajari dan diterapkan daripada kelompok
masyarakat dari pelbagai kaum. Antara negara-negara yang maju di asia tenggara,
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan mempunyai pengaruh yang tinggi
sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang hidup dalam keadaan damai dan bersatu padu. Perpaduan sosial dan integrasi
kaum yang dikecapi telah menyumbang kepada kestabilan dan keharmonian dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
- Perbezaan budaya dan adat di Malaysia telah membentuk keunikan masyarakat di samping menonjolkan Malaysia sebagai masyarakat majmuk di mata dunia walaupun mempunyai bangsa yang berbilang kaum.
- Malaysia masih gah di mata dunia dan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Walaupun demikian, kita harus sedar bahawa perbezaan ini bagaikan bilah bermuka dua, ia juga mampu mencetuskan konflik sesama kaum selain daripada memperkenalkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
-Isu
perbezaan budaya ini seharusnya dipandang serius dan dihadapi dengan sikap
positif dan bijak , agar dapat mengelakkan kekangan kekuatan perpaduan masyarakat.
-keunikan masyarakat majmuk di Sikap kesederhanaan dan toleransi juga harus diterapkan dan disuburkan dalam anak-anak muda kini untuk mengukuhkan lagi perpaduan masyarakat. Anak-anak muda juga harus diberikan pencerahan dari awal lagi tentang perbezaan budaya dan adat setiap kaum dalam masyarakat unik ini dan dididik supaya berfikiran terbuka untuk memahami, menerima dan juga menghormati perbezaan yang wujud dalam masyarakat.
-Malaysia mampu membangunkan negara di peringkat antarabangsa dan mencetuskan konflik pada masa yang sama. Hal ini demikian kerana masyarakat yang bersatu padu merupakan asas yang penting untuk membangunkan dan mengembangkan lagi negara bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
-Faktor pencetus fenomena ini harus diteliti di samping
mengaplikasikan pendekatan yang bersesuaian untuk menjamin perpaduan masyarakat
dan seterusnya kestabilan negara dalam jangka masa berpanjangan.
Definisi perpaduan.
Perpaduan merupakan penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan
yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia
merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini
lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
Aktiviti perpaduan:
Aktiviti perpaduan
yang diadakan dapat membentuk semangat perpaduan antara kaum tanpa mengira
bangsa dan agama. Kerana apabila kita mengadakan sesuatu aktiviti yang melibatkan
pelbagai kaum kita akan berkongsi cara hidup dan juga berkongsi pendapat.Contoh
aktiviti perpaduan adalah seperti Sambutan Tahun Baru Cina. Walaupun kita bukan
bangsa cina kita juga turut meraikan dengan menerima ang pow Ketika menziarahi
rumah rakan ataupun jiran. Selain itu,kita juga dapat merasai makanan tradisi
bangsa cina seperti kuih bulan. Begitu juga dengan kaum melayu apabila tiba
hari raya Aidilfitri, kaum lain juga turut meraikan bersama – sama dengan mengadakan
rumah terbuka dan menjemput bangsa – bangsa lain untuk memeriahkan serta
dapat merasai makanan tradisi Ketika
hari raya contohnya lemang,rendang dan ketupat. Tidak lupa juga tradisi memberi
duit raya kepada tetamu yang datang ke rumah.
Nilai murni.
nilai murni yang terdapat dalam konteks perpaduan ini adalah hormat menghormati. Hal ini dikatakan demikian kerana kita menghormati budaya dan tradisi tanpa mengira agama dan bangsa. Contohnya, kaum cina menghormati kaum melayu dengan bersama – sama menikmati juadah rendang walaupun sebagaimana yang kita tahu kaum cina tidak makan makanan yang pedas kerana mereka makan makanan yang berherba dan khasiat tinggi tetapi mereka tetap menikmati juadah yang disediakan sebagai tanda menghormati budaya dan tradisi kaum melayu. Oleh itu, kita mestilah menghormati antara satu sama lain tanpa memandang warna kulit dan bangsa seseorang itu.
KESIMPULAN
-Tuntasnya, perpaduan dan kebudayaan sangat berkait rapat dalam pembangunan sesebuah negara. Disamping dapat mengeratkan hubungan diantara masyarakat setempat, kita juga dapat mempelajari tentang seni budaya dan adat resam yang pernah di banggakan oleh nenek moyang kita. Pepatah melayu pernah berkata, " tak lapuk dek hujan, tak lengkang dek panas ". Akhir sekali, wajarlah kita sebagai individu yang bertanggungjawab dalam bersama-sama memupuk semangat perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama.
SEKIAN TERIMA KASIH
AHLI KUMPULAN
-HAFIFAH NABILAH BINTI AHMAD (14DEV20F2002)
-MUHAMAD MAHATHIR BIN MOHD SHUKOR (14DEV20F2003)
-ASSAYYIDAH NAFISAH BT JASMI (14DEV20F2004)
-NURULHANIS AQILAH BINTI NOR HAIZAL (14DEV20F2005)
(PENSHARAH)
-ENCIK MOHD FAISAL BIN MAT PESA
👍🏼👍🏼👍🏼
ReplyDelete👏🏾⚡
ReplyDeleteTq kongsi ilmu yang bermanfaat🥺
ReplyDeleteTq for the great information
ReplyDelete